Thursday, January 2, 2014

emak
katakan satu hari nanti
aku tak lagi dapat menjenguk,bagai selalu
aku mahu kau tau
aku masih lagi anak yang dulu
yang tidurnya sentiasa tersentak
yang baringnya mahu di peha
yang makannya mahu bersuap
yang gelaknya berair di mata

takkan sekali aku lupa
apa yang menjalar dalam segenap dada
yang mana semuanya berakar dari sentuhan lembut kau,
emak ku.

sesungguhnya ,aku rindu
untuk lihat kau tersenyum dan bernyanyi
bagai waktu dulu