Friday, April 4, 2014

buat anak lelaki ku.

berjanjilah dengan aku,ibu mu

pada suatu ketika nanti bila saja kau bertemu dengan seorang perempuan yang mana mampu membuat mu hidup dengan kehidupan,

berjanjilah dengan aku,ibu mu.

takkan kau berhenti mencintai dia.

kalau pun di satu ketika dia tak lagi hadir sebagaimana pernah kau melihatnya.

sanjungi dan sayangi lah dia anak ku, atas kerana dia melepaskan segalanya untuk bersaksi dengan mu.

cintai dia,anak ku.cintai dia.