Thursday, May 12, 2011

Aku bukan seorang pemuisi yang memandang hidup semuanya

Aku bukan siapa siapa.

Dipinjam hidup barang seketika cuma dari bawah rahmat tuhan. Pandangan mata dan hati aku sering aja kosong tak bernyawa.

Yang tersimpan di awan hitam ini hanya gelodak rasa yang kebetulan segelintir merasa.

Kebetulan,itu lah benarnya.

Mungkin,kerana itu.

Aku bukan siapa siapa ,ketahuilah aku hanyalah picisan yang rapuh hatinya.Tidak lebih tidak kurang.

Maaf, aku tak mampu berikan semua.

Monday, December 20, 2010

disember 2010

kita adalah orang yang begitu asing yang mana diputus tuhan untuk berjumpa di satu titik dan bernikah kemudiannya.

dan ya,tak ada hari yang lebih baik selepas itu.

percaya lah bila aku katakan, tak'kan ada siapa siapa yang mampu untuk menerobos pengertian kebahagiaan selagi bila dia sendiri belum menemukannya.

Thursday, November 11, 2010

takkan kau tahu betapa hancurnya hati aku bila saja kau hina ibu ku.