Monday, December 20, 2010

disember 2010

kita adalah orang yang begitu asing yang mana diputus tuhan untuk berjumpa di satu titik dan bernikah kemudiannya.

dan ya,tak ada hari yang lebih baik selepas itu.

percaya lah bila aku katakan, tak'kan ada siapa siapa yang mampu untuk menerobos pengertian kebahagiaan selagi bila dia sendiri belum menemukannya.

Thursday, November 11, 2010

takkan kau tahu betapa hancurnya hati aku bila saja kau hina ibu ku.

Thursday, October 14, 2010

oktober

dan, aku berbaringan lagi -bertemankan dinding dinding bisu yang sama,sama seperti berbulan yang lepas; merenung putaran kipas siling yang seakan memaut hal hal silam.terus, segala rusuhan hati perlahan lahan berserakkan seiring kelesuan angin di bilik ini.

dari bulan bulan yang lepas terlalu banyak perkataan cuba untuk aku cantumkan;untuk aku suai padankan dengan apa yang aku rasa kan ini.
tapi, yang terlolos cuma nafas nafas kehampaan.

apa kehampaan ini benarnya telah pun menjadi sifat pembentukkan aku.apa yang aku pandang semuanya mencarik ,yang aku pegang terlepas.

dan bersama ketebalan hati, aku lalui juga hari hari yang menunggu;sama seperti dulu.

barangkali, ini lah garisnya.

Thursday, September 23, 2010

perlu untuk kau ketahui,barangkali apa yang kau tinggalkan di belakang mu itu,adalah serpihan dari masa depan mu.

Tuesday, August 31, 2010

entong,
kenapa kau memilih untuk dibenci orang
dikata siang malam
kenapa entong
engkau jadi tongong
mengokol dalam luak.
badai mana mahu
kau hempaskan,entong?

Monday, August 30, 2010

Wednesday, August 25, 2010

jadi, di sinilah kita sudahnya. bercerita tentang kekosongan yang pernah dan barangkali mungkin kita tempuh berkali kalinya kehadapan.

di bawah serakan bintang bintang ini ,(masih) kita terus tetap menyalah nyalahkan luruhan harapan yang entah sampai kapan masih juga meresap ke dalam masa.

kita akan terus diam menahan yang mencarik dada dan,dan kita akan terus diam dari segala bunyi segala pandang segala yang menarik ingatan-

jadi, di sini lah kita sudah nya

Sunday, June 6, 2010

tak kan pernah habis
aku merindui ibu ku
ibu, apa masih kau ingat
kita berlagu laguan
tentang nyeri
sampai kita terlena
ibu, tak akan ku cuba
untuk memadam
segala yang mencapai
maksud hubungan ini

ibu,mati lah aku
dalam kekesalan
kalau tak dapat
ku kucup dahi mu.
sabar lah ibu
sabar lah
kan ku balut
luka mu
dengan tebal rindu ku .

Thursday, May 6, 2010

perempuan, hidup ini terlalu kejap untuk kau runsingkan.

Tuesday, April 6, 2010

dan,rintik hujan mula membasah
sepantas itu hati aku mula merindu.

Thursday, March 18, 2010

aku mahu pulang
pulang pada ibu aku
mendengar cerita
melalui kedut kerut kulit ibu ku
merasa hangat dalam peluk
mata ibu ku
aku rindu ibu aku
rindu untuk sengaja
berbaringan
memimpikan senja

Thursday, March 4, 2010

aku tidak akan
pernah untuk lupa
bagaimana
kita bergulung
bergelumang
dalam kepulan
prasaan
mahu tiba waktu gelap malam
atau siang,atau
ah, atau bila bila saja
tidak, aku tidak akan
cuba untuk lupa
setiap darinya

moga,kita akan masih aja
punya kesempatan
bertemu dan tersenyum

Thursday, February 11, 2010

aku rindukan orang asing mengisi gugur waktu.

i miss you, my dearest stranger.

Wednesday, February 10, 2010

manusia akan sentiasa hidup dalam kerangka kemahuan orang lain yang kerap kerap membajak selut fikirannya.
melayari babak babak yang bukan dari nafsu sendiri,
membiarkan masa memijak hari bergelodakkan.

kita takkan pernah puas mengucup hidup selagi dasarnya tidak menikmat.